Saturday, March 6, 2010

T.P.M Muhyiddin Membidas P.M Najib

Perbalahan orang nombor 1 dan 2 Malaysia ni adalah sesuatu yang memalukan. Diorang ni asyik tak sefahaman je.Terbaru ni Utusan Meloya(utusan Malaysia) semalam mengeluarkan berita bertajuk TPM nafi pilihan raya, Perak.

Berita ni jelas yang Timbalan Perdana Menteri menafikan bahawa Najib nak buat pilihan raya di Perak. Semua orang tahu yang UMNO tidak akan berani buat mana-mana pilihan raya dah, tapi Muhyiddin mendapat tahu berita yang kurang tepat, dia ingat Najib nak buat pilihan raya. Padahal Najib hanya keluarkan statement suruh perketat jentera pilihanraya kat Perak tu je.

Si Muhyiddin ni tak pasal-pasal nak membidas Najib. "kerana yang penting bukan membentuk kerajaan sahaja,yang penting apa kerajan hendak buat untuk rakyat.Rakyat sedang menunggu," katanya kepada pemberita. Jadi di sini jelas lah Muhyiddin ni membidas Najib sedangkan Najib tidak berbuat apa-apa.

Sekali lagi perbalahan yang amat dahsyat di saksikan oleh rakyat Malaysia ketika negara kita tengah merudum ekonominya. Politik UMNO yang tidak stabil, perkara-perkara yang terjadi ini semua disebabkan perselisihan Najib dan Muhyiddin. Kenapa Muhyiddin tiba-tiba serang Najib ni? Kenapa Muhyiddin sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa di lidah rasmi UMNO-BN itu?

No comments:

Post a Comment