Friday, March 5, 2010
Kerajaan Selangor Beri RM100,000 Untuk Pengurusan Pesawah Terbaik
Sebanyak RM 100,000 insentif diperuntukan kepada Pesawahan Terbaik oleh Kerjaan Selangor. Program insentif ini dimulakan mulai tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada Jawatankuasa Kerja Pogram Padi(JKKPP) di peringkat kawasan.
Kerajaan Selangor memberikan insentif ini adalah sebagai satu cara bagi menghargai usaha ahli-ahli JKKPP yang bertungkus lumus meningkatkan hasil pengeluaran padi di negara kita. Insentif tersebut akan diberikan secara pembahagian tmpat yang dimenangi. Tempat pertama akan menerima sebanyak RM50,000, Naib Johan RM30,000 dan tempat Ketiga RM20,000. Perkara ini secara tidak langsung dapat memotivasikan para-para penggiat supaya meningkatkan lagi produktiviti padi.
Setakat ini , negeri Selangor mencatatkan pengeluaran hasil padi yang tertinggi di negara kita berbanding dengan negeri-negeri lain dengan purata hasil (mt/ha) 5.10.
Menurut Y.B. Yaakob Sapari Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, melalui Pelan Pembangunan Jangka Panjang 2009-2013 bagi melipatkan hasil padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor purata hasil bersih pada tahap 5.1 tan metrik sehektar semusim sekarang disasarkan meningkat melebihi 7.5 tan metrik sehektar semusim menjelang 2013.Ini kerana berdasarkan kejayaan yang dikecapi pada musim pertama tahun lepas kenaikan hasil padi meningkat melebihi 20 peratus.
Yaakob Sapari berkata lagi perkara yang paling membanggakan ialah pendapatan yang diperoleh oleh 68 peratus peserta projek itu melebihi RM1,500 seorang sebulan dan 15 peratus menerima lebih dari RM2,000 sebulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment