Wednesday, March 3, 2010

Khir Toyo Tolak Majlis Perundingan Melayu(MPM)


Pergelutan antara Khir Toyo dan Noh Omar belum lagi diselesaikan , Khir Toyo beralih ke isu penubuhan MPM pula. Utusan Malaysia melaporkan bahawa Khir Toyo tidak menolak peranan MPM akan mengambil alh tugas UMNO dalam memperjuangkan kaum yang majoriti di negara ini. Statement ni dikeluarkan oleh Khir Toyo atas dasar untuk menutup perbalahannya dengan Noh Omar.

Hakikatnya Khir Toyo tidak langsung menyokong penubuhan persatuan MPM ni. Katanya di dalam satu temu bual
"Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan berasas perjuangan memelihara hak serta kepentingan orang Melayu, saya fikir UMNO seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam soal-soal yang melibatkan orang Melayu,"Jelasnya. Khir jelas mnunjukkan dia tidak bersetuju dengan penubuhan persatuan ini kerana penubuhan MPM juga adalah untuk menjaga orang-orang Melayu.

Baginya untuk apa pertubuhan-pertubuhan NGO yang ada sekarang ini. Khir membidas bahawa apakah tujuan penubuhan MPM ini sebagai satu alasan supaya orang melayu nampak bahawa mereka ini dijamin oleh UMNO. Menurut Khir lagi sekiranya MPM ini mengambil alih tugas UMNO maka UMNO tidak lagi membela orang Melayu.

UMNO menunjukkan politik mereka yang terdesak dengan menubuhkan parti ini. Mereka merasakan bahawa orang Melayu ini terancam sedangkan rakyat sudah mula bersatu padu. Ini adalah perkara yang mereka terlepas pandang.

Inilah perbalahan yang wujud di dalam UMNO. Masing-masing ingin menyatakan bahawa mereka lah pembela Melayu yang jujur dan setia sedangkan rakyat sudah mulai meluat dengan kenyataan sebegini. Rakyat tidak lagi menerima politik perkauman yang dimainkan oleh UMNO.

No comments:

Post a Comment