Tuesday, March 30, 2010

Sami Velu Makan Pasir di Hulu Selangor

Pilihan raya di Hulu Selangor yang bakal menjelang membuatkan Sami Velu tercengang memikirkan nasib MIC yang di kuburkan rakyat.

MIC pada PRU 12 2008 Yang lalu telah memenangi 5 kerusi sahaja seluruh Malaysia, ini merupakan satu petanda yang cukup malang bagi Sami Velu .

Pada PRU 12 yang lalu kawasan Hulu Selangor meletakkan G.Palanivel sebagai calon parlimen kawasan tersebut namun beliau berjaya dikalahkan oleh wakil PKR pada masa itu. Kekuatan PakatanRakyat tidak dapat disangkal lagi dengan kekalahan G.Palanivel di parlimn Hulu Selangor pada masa itu.

Kini Sami Velu terpaksa tunduk dengan keputusan BN untuk memberi laluan kepada UMNO meletakkan calon mereka. Dalam keengganan Sami Velu tunduk kepada keputusan itu , dia bergerak secara senyap untuk meletakkan juga calon dari MIC itu.

Inilah perbalahan yang dialami oleh BN yang menjadi titik tolak kejatuha mereka . Mereka tidak akan dapat memenangai hati rakyat selagi pemimpin-pemimpin UMNO tidak ditanam hidup-hidup .

Monday, March 22, 2010

Fakta Najib Murtad??

Fakta sensasi semenjak dua menjak ni, bahawa Najib ada kaitan dengan syarikat Yahudi APCO dalam membentuk Malaysia.

Fakta ini bukan direka cipta oleh pihak pembangkang demi untuk menjatuhkan UMNO-BN tapi ianya adalah hakikat yang dibongkarkan oleh pihak pembangkang demi menjaga keselamatan dan maruah negara kita.

Hari ini dunia dihebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang unggul tapi mengapa mesti Najib bernaung di bawah Israel yang sememangnya mejadai musuh Islam sejak azali, mungkin Najib tidak memahami Al-Quran atau dia tidak pernah belajar tentang Islam.

Sebagai pengetahuan umum, sebenarnya 1 Malaysia adalah diilhamkan dan dinasihatkan oleh Israel. Najib telah membayar sejumlah wang yang bernilai RM60juta bagi mendapatkan khidmat APCO untuk memerintah Malaysia. ketahuilah wahai rakyat Malaysia bahawa, 1 Malaysia hanyalah slogan najis yang diketengahkan oleh Najib presiden UMNO ini. Slogan 1 Malaysia sebenarnya sama dengan 1 Israel yang diilhamkan oleh Ehud Barak pada tahun 1999 ketika pilihanraya.

sumber sahih :http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

Jadi ternyata bahawa, Najib telah menggunakan khidmat nasihat dari Israel untuk mentadbir Malaysia.

Oleh itu rakyat digesa supaya bersama-sama menjatuhkan pimpinan kejam Najib Razak supaya maruah negara tidak tergadai dan memartabatkan Islam di mata dunia.

Monday, March 15, 2010

Najib Kehabisan Duit Komisyen Scorpene Beli MP Pakatan Rakyat

Salam Tawan Malaysia.

Semenjak dua menjak ni, selalu kita dengar kes lompat parti adun PR masuk Barisan Najib Hantuya. Media-media BN pun selalu sangat asyik mainkan isu ni.

Untuk pengetahuan orang ramai, sebenarnya Najib membeli MP Pakatan Rakyat ni dengan duit hasil kutipan komisyen beli kapal selam dulu. Ini adalah hakikat kenapa barisan pimpinan UMNO sanggup mengambil komisyen(rasuah) sebagai satu usaha menabung mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan yang memaksa sebegini. Jadi tak hairanlah kalau diorang ni ambil duit banyak-banyak then beli MP PR.

Kita sudah nampak UMNO yang tenat, dah la komisyen baru tak dapat lagi, sebab tak ada projek baru yang masuk. Masing-masing terpaksa gunakan jalan terakhir lah dengan menggunakan duit simpanan tersebut.

Najib semakin resah dan tertekan, sebab dah tak ada MP yang sanggup melompat parti, tapi isu mereka tentang ada lagi MP atau Adun yang nak melompat parti masih lagi berkumandang. Jangan bermimpi lah Najib, kalau ada pun yang keluar perkara itu akan mengntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO balik.

Oleh itu rakyat dinasihatkan supaya tidak mempercayai dakyah-dakyah Najib hantuya ni demi mendapatkan hak anda yang sebenar sebagai rakyat!

Salam Tawan Malaysia.

Friday, March 12, 2010

Mat Dangdut Tibai 'Under age Girls'

Aku baru je dapat news pasal sorang yang disegani ramai ni, aku tak sangka pulak dia boleh berkelakuan macam ni.

Nak Story sikit la kat you all tentang srang mamat ni yang tak perlu aku sebut nama tapi lu pikirlah sediri. Dia ni adalah seorang bekas pejuang PKR satu ketika dahulu, seorang yang di kira bersuara lantang, sekali dia cakap semua orang terpegun. Perjuangan dia bersama PKR agak lama tapi, tak lama lepas tu dia pun menyatakan hasratnya untuk menyertai semula parti Keramat Malaysia iaitu UMNO.

Dalam UMNO dia ni tak berapa diterima oleh barisan pimpinan UMNO, boleh dikatakan dia ni dianak tiri oleh MT UMNO ni. Satu alasan yang kukuh ialah MT UMNO tak nak dia mendaki lebih tinggi ke tampuk kuasa adalah kerana dia ni seorang yang bersuara lantang dan boleh dikira lebih hebat dari MT UMNO yang ada, setakat Najib tu, hmmmhp! ape la sangat.

Cerita bermula apabila si mamat ni difahamkan suka berfoya-foya di kelab-kelab yang memutarkan irama goyang pinggul iaitu dangdut. Biasanya yang layan dangdut ni orang-orang yang veteran je betul tak? Jadi, apa motifnya dia layan dangdut ni? ni mesti tension dengan MT UMNO yang menyekat kebolehan dia ni. Nak dangdut tu bagi aku tak ada masalah kalau dia just layan lagu je, tapi tak perlu la nak bertandang ke tempat maksiat yang macam tu. Dalam Al-Quran jelas menyebut "janganlah kamu menghampiri zina." Ni si mamat ni bukan menghampiri, tapi dah berkunjung pun ke tempat maksiat macam tu. Pemimpin apa macam ni???

Kes yang kedua ni pulak kisah dia pernah tala seorang anak gadis yang pada ketika itu masih lagi di bawah umur. Rasanya kat mana lagi dia jumpa gadis ni kalau bukan kat rumah kebesaran dia(Dangdut Club). Kalau iye pun nak tala perempuan , tala la yang dah atas umur 18 tuh. Kalau ikut hukuman merogol gadis di bawah umur boleh dikenakan sebatan. Tak ada ampun WoOoO!!
Yang di tala anak orang, cuba bayangkan kalau MT UMNO sendiri yang tala anak si mamat ni, apa perasaan mamat? mesti seronak kan, nak marah pun tak boleh sebab diri sendiri pun melakukan perkara yang sama.

Sejauh mana kebenaran cerita yang dipersembahkan kepada pembaca-pembaca ni, di akui sendiri oleh barisan pimpinan UMNO.

Wahai si mamat, kalau nak berjuang menentang kezaliman di dalam UMNO , UMNO itu sendiri bukanlah satu jalannya. Berjuang menentang di barisan yang bertentangan dengan UMNO baru lah UMNO boleh dijatuhkan. Kalau nak betulkanUMNO dengan cara duduk dalam UMNO ni, bukanlah satu langkah yang bijak malahan tidak lagi relevan.

Saturday, March 6, 2010

T.P.M Muhyiddin Membidas P.M Najib

Perbalahan orang nombor 1 dan 2 Malaysia ni adalah sesuatu yang memalukan. Diorang ni asyik tak sefahaman je.Terbaru ni Utusan Meloya(utusan Malaysia) semalam mengeluarkan berita bertajuk TPM nafi pilihan raya, Perak.

Berita ni jelas yang Timbalan Perdana Menteri menafikan bahawa Najib nak buat pilihan raya di Perak. Semua orang tahu yang UMNO tidak akan berani buat mana-mana pilihan raya dah, tapi Muhyiddin mendapat tahu berita yang kurang tepat, dia ingat Najib nak buat pilihan raya. Padahal Najib hanya keluarkan statement suruh perketat jentera pilihanraya kat Perak tu je.

Si Muhyiddin ni tak pasal-pasal nak membidas Najib. "kerana yang penting bukan membentuk kerajaan sahaja,yang penting apa kerajan hendak buat untuk rakyat.Rakyat sedang menunggu," katanya kepada pemberita. Jadi di sini jelas lah Muhyiddin ni membidas Najib sedangkan Najib tidak berbuat apa-apa.

Sekali lagi perbalahan yang amat dahsyat di saksikan oleh rakyat Malaysia ketika negara kita tengah merudum ekonominya. Politik UMNO yang tidak stabil, perkara-perkara yang terjadi ini semua disebabkan perselisihan Najib dan Muhyiddin. Kenapa Muhyiddin tiba-tiba serang Najib ni? Kenapa Muhyiddin sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa di lidah rasmi UMNO-BN itu?

Friday, March 5, 2010

Kerajaan Selangor Beri RM100,000 Untuk Pengurusan Pesawah Terbaik


Sebanyak RM 100,000 insentif diperuntukan kepada Pesawahan Terbaik oleh Kerjaan Selangor. Program insentif ini dimulakan mulai tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada Jawatankuasa Kerja Pogram Padi(JKKPP) di peringkat kawasan.

Kerajaan Selangor memberikan insentif ini adalah sebagai satu cara bagi menghargai usaha ahli-ahli JKKPP yang bertungkus lumus meningkatkan hasil pengeluaran padi di negara kita. Insentif tersebut akan diberikan secara pembahagian tmpat yang dimenangi. Tempat pertama akan menerima sebanyak RM50,000, Naib Johan RM30,000 dan tempat Ketiga RM20,000. Perkara ini secara tidak langsung dapat memotivasikan para-para penggiat supaya meningkatkan lagi produktiviti padi.

Setakat ini , negeri Selangor mencatatkan pengeluaran hasil padi yang tertinggi di negara kita berbanding dengan negeri-negeri lain dengan purata hasil (mt/ha) 5.10.

Menurut Y.B. Yaakob Sapari Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, melalui Pelan Pembangunan Jangka Panjang 2009-2013 bagi melipatkan hasil padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor purata hasil bersih pada tahap 5.1 tan metrik sehektar semusim sekarang disasarkan meningkat melebihi 7.5 tan metrik sehektar semusim menjelang 2013.Ini kerana berdasarkan kejayaan yang dikecapi pada musim pertama tahun lepas kenaikan hasil padi meningkat melebihi 20 peratus.
Yaakob Sapari berkata lagi perkara yang paling membanggakan ialah pendapatan yang diperoleh oleh 68 peratus peserta projek itu melebihi RM1,500 seorang sebulan dan 15 peratus menerima lebih dari RM2,000 sebulan.

Wednesday, March 3, 2010

Khir Toyo Tolak Majlis Perundingan Melayu(MPM)


Pergelutan antara Khir Toyo dan Noh Omar belum lagi diselesaikan , Khir Toyo beralih ke isu penubuhan MPM pula. Utusan Malaysia melaporkan bahawa Khir Toyo tidak menolak peranan MPM akan mengambil alh tugas UMNO dalam memperjuangkan kaum yang majoriti di negara ini. Statement ni dikeluarkan oleh Khir Toyo atas dasar untuk menutup perbalahannya dengan Noh Omar.

Hakikatnya Khir Toyo tidak langsung menyokong penubuhan persatuan MPM ni. Katanya di dalam satu temu bual
"Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan berasas perjuangan memelihara hak serta kepentingan orang Melayu, saya fikir UMNO seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam soal-soal yang melibatkan orang Melayu,"Jelasnya. Khir jelas mnunjukkan dia tidak bersetuju dengan penubuhan persatuan ini kerana penubuhan MPM juga adalah untuk menjaga orang-orang Melayu.

Baginya untuk apa pertubuhan-pertubuhan NGO yang ada sekarang ini. Khir membidas bahawa apakah tujuan penubuhan MPM ini sebagai satu alasan supaya orang melayu nampak bahawa mereka ini dijamin oleh UMNO. Menurut Khir lagi sekiranya MPM ini mengambil alih tugas UMNO maka UMNO tidak lagi membela orang Melayu.

UMNO menunjukkan politik mereka yang terdesak dengan menubuhkan parti ini. Mereka merasakan bahawa orang Melayu ini terancam sedangkan rakyat sudah mula bersatu padu. Ini adalah perkara yang mereka terlepas pandang.

Inilah perbalahan yang wujud di dalam UMNO. Masing-masing ingin menyatakan bahawa mereka lah pembela Melayu yang jujur dan setia sedangkan rakyat sudah mulai meluat dengan kenyataan sebegini. Rakyat tidak lagi menerima politik perkauman yang dimainkan oleh UMNO.