Ikhlas dari hati tahniah diucapkan kepada saudara Ezam Mohd Nor kerana dilantik sebagai Senator bersama-sama dengan G.palanivel.
Setelah beberapa tahun bersama dengan UMNO-BN bekas ketua AMK kini telah berjaya mendaki satu lagi tangga dalam karier politiknya untuk memegang jawatan sebagai senator.
UMNO sudah tidak ada masa lagi untuk membiarkan Ezam keseorangan menyampaikan dakyah-dakyah UMNO kepada orang ramai kerana bakat dan kebolehan oleh Ezam bukanlah di jalanan tetapi dia mampu untuk membawa UMNO jauh lebih baik dari itu.
Kini ternyata segaa usaha dan penat lelah beliau selama ini telah berjaya mendapat perhatian dari pimpinan UMNO sehingga beliau berjaya diangkat martabatnya di sisi Pemimpin UMNO yang lain. Beliau secara tidak langsung telah berjaya melangkahkan dirinya untuk bertembung dengan BOSnya dahulu Dato Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelak.
Majulah Ezam untuk UMNO!
No comments:
Post a Comment