Saturday, June 26, 2010

Najib Takut Demonstrasi Judi Bola 3 Julai ni!!

Kalau anda semua baca berita di UTUSAN mahupun TheMalaysianinsider, berita yang dikeluarkan mengenai kenyataa Najib untuk menarik balik lesen judi sukan ini , anda akan mendaoati kenyataan tersebut adalah sama. YA!! UMNO-BN memang tak spin cerita ni.

Tapi, apakah realiti disebalik penarikkan balik lesen judi sukan ni?? Anda rasa Vincent Tan setuju ke nak bagi balik lesen judi ni kat Najib?? sedangakan sekarang dia tengah untung berbillion-billion ringgit masa World Cup ni....

Kita mesti lihat luar dari ligkungan berita retorik itu. YA!! penarikkan lesen judi bole ni adalah retorik semata-mata.

Maudhuk sebenar penarikan semula lesen judi ini adalah disebabkan Najib takut pada demonstrasi yang akan diadakan 3 Julai ini.

Ini adalah kerana terdapat juga Melayu 20% UMNO yang akan menyertai demonstrasi ni apabila ianya berlangsung kelak.

Untuk pengetahuan pembaca semua, judi sukan ni sebenarnya dah jalan da pun. Kalau tak percaya kamu pergi ke kedai sport Toto cuba pergi tengok sendiri.

Najib berani ke nak tarik balik lesen ni sedangakan perjudian sukan ni sedang giat dan pesat dijalankan serata Malaysia.

Sama-sama lah kita fikirkan!!

Bantahan 3 Julai tetap akan ada!!!

Sama-sama kita cegah Judi di Malaysia!!

Thursday, June 24, 2010

Mana Melayu UMNO 20%? Isteri Datuk K pun Dapat Pinjaman Tekun Nak Berniaga??


Ni apa crita ni Datuk K?? ang dah kaya pun boleh dapat pinjaman TEKUN lagi? Apa ang dah bankkrupt ka??

Ke ang da bank-corrupt??

Hadui pening aku duk fikir pasal ni semua. Ang tu dah la golongan bangsawan, mana boleh ang dapat pinjaman untuk rakyat marhaen yang macam ni. Tak cukup lagi ka hang dah sapu semua projek-projek kerajaan??



Apa-apa hal pun aku tak lah marah kat ang sangat Datuk K, sebab aku taw kalau ang seorang yang berjiwa besaq ang akan bayaq balik dengan kadar segara oleh kerana ang memang mampu nak bayaq balik. Itu biasa la, ang nak bawak keluar duit Cash Money bukannya senang, sebab harta-harta ang tak ada dalam bentuk cash money.

Tapi awat ang tak pi buat pinjaman ngan Maybank ka? AmIslamic ka? CIMB Islamic ka? EON bank ka?

Ni mest ang tak da contact orang dalam kan?? Tu adek Najib tu awat ang tak pi mintak kat dia?? Dia kan towkeh CIMB..!!

Apa yang aku duk marah sangat ni bukannya kat Datuk K sangat pun. Aku marah gila kat UMNO ni, kalau la bukan UMNO punya kerja sapa lagi cuba angpa pikiaq elok-elok!!

Tu Pengarah Urusan TEKUN tu ang ingat siapa tu?? Dah tentu la orang kuat dalam UMNO jugak tu!

Teruk betoi la UMNO ni. Itu la yang Melayu UMNO 20% ni dah dibutakan DITULIKAN!! Nak salahkan Datuk buat apa?? Dia tu bisnesman dia memang tak kan gunakan duit dia untuk buat duit!! Itu La Melayu UMNO BUTA dan TULI tak taw benda-benda ni semua, ebab ang pa ni bukannya berkelulusan tinggi macam Datuk Seri Nizar, ang pa tu barua je!! YA!! BARUA JE!!

Sebab tu Melayu UMNO 20% ni BUTA dan TULI dan BARUA je!!

Mana pergi laungan retorik MELAYU!! MELAYU!!! MELAYU!! Sedangkan Melayu yang di atas makin kaya, tengok la apa dah jadi ngan kes Datuk K ni. Dah la kaya, bantuan pun dapat lagi!!

Aku rasa, kalau Melayu setakat Datuk K ni pun boleh dapat dana TEKUN, apatah lagi bila Cukong Cina MCA ni nak mintak dana dengan Najib!! Mana dia MELAYU UMNO 20% yang nakpertahankan rakyat bawahan ni?? Harapkan Ibrahim Ali??? BUTA APA ANG PA NI??

Dah,dah la tu Melayu UMNO 20% weh. Mai la tumbangkan BN bersama-sama Pakatan Rakyat!!


PANGKAH PAKATAN RAKYAT!!

MELAYU KUAT!!

PANGKAH UMNO 20%!!

MELAYU BAWAH KENA REBUS!!!

Sunday, June 20, 2010

Serangan UMNO lembik Macam Budak-Budak

Sebelum aku ulas dengan lebih dalam lagi pasal tajuk kita hari ni, mari aku cerita sikit kat korang semua. Sekarang ni Najib duk sebok suruh blogger-blogger UMNO serang habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat, kalau boleh samapi muntah-muntah kucin parsi pun tak pe. Tapi dia lupa satu perkara yang malaon-malaon pro UMNO ni sebenarnya bukan pandai sangat pun dalam menyerang ni.

Mana tak nya, kalau dah presiden UMNO pun tak pandai nak serang apatah lagi yang barua-barua UMNO ni KAH KAH KAH!!!

Tak usah tengok jauh-jauh la, barua-barua UMNO lembik tak tahu nak serang menggunakan akal. Bagi diorang serangan sampai memaki hamun dann mengeluarkan kata-kata kesat tu adalah satu serangan yang power terhadap Pakatan Rakyat.

Ni la yang dikatakan serangan macam budak-budak!! KAH KAH KAH!!

Teringat dulu mase aku kecik-kecik bila ada budak tak puas hati je mesti dia mencarut-carut tapi orang yang dicarutnya tu buat muke selambek je makain bertambah panas la budak yang mencarut tu. Ini lah apa yang jadi kat cyber trooper UMNOsekarang ni. KAH KAH KAH!!

Cyber Trooper UMNO asyik mencarut sana sini, tapi tak ada orang layan makin panas la diorang KAH KAH KAH!! sikit hari lagi mau diorang bergaduh sama sendiri nanti KAH KAH KAH!!

Friday, June 4, 2010

DAULAT TUANKU!!!



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47

Semoga Allah Melanjutkan Usia DYMM Tuanku

AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN , SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

PATIK AKAN TERUS MENULIS DEMI KESEJAGATAN RAKYAT MALAYSIA DAN DEMI KEADILAN TUANKU.

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

Thursday, June 3, 2010

Najib Tidak Percaya Kuasa Rkayat!!

KUALA LUMPUR : Dua hari lepas Perdana Menteri telah mengumumkan sedikit rombakan kabinet seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak.

"Namun pengumuman Najib bagi saya ternyata tidak menggembirakan banyak pihak apabila dari 9 orang yang dilantik itu, lima dari mereka adalah senator dan hanya dua anggota parlimen dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim kepada erapakatan.

Bagi Khalil, paling tidak menggembirakan lagi apabila 3 ahli parlimen Umno yang digugurkan tetapi tidak mendapat liputan yang meluas, dan semacam ingin disembunyikan.

Mereka yang digugurkan itu ialah Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Johari Baharum dan Datuk Razali Ibrahim.

Bagi Khalil, tindakan Najib menambah koleksi Menteri dan timbalan menteri dikalangan bukan Ahli Parlimen iaitu senator yang dilantik adalah bukti nyata bahawa beliau telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat yang sepatutunya didahulukan dalam memilih mereka sebagai anggota kabinetnya.

"Perkara serupa juga dilakukan oleh beliau apabila mengepalai kudeta di Perak dengan menafikan hak rakyat memilih dan menentukan kerajaan negeri tetapi dinafikan dengan menculik dan membeli wakil rakyat.

"Keharmonian hidup bermasyarakat dan berpolitik di Perak sesungguhnya telah dirosakkan oleh tindakan kudeta itu," kata beliau lagi.

Menurut Khalil realitinya jelas sekali bahawa Najib telah membuktikan sikapnya menafikan hak rakyat yang memilih dan menetukan mereka yang dipilih itu membentuk kerajaan.

"Namun apabila Najib mencipta sejarah baru dengan melantik terlalu ramai senator sebagai anggota kabinetnya, sebenarnya menggambarkan kelemahan kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi mewakil dirinya sendiri," kata beliau lagi.

Khalil berkata, Najib ternyata menafikan orang yang berkelayakan dalam partinya sendiri .
"Bayangkan ketika Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sudah tidak diiktiraf dengan tidak dilantik sebagai Menteri sebagaimana biasanya, namun Timbalan ketua pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Muar juga digugurkan dalam rombakan terbaru Najib," tegas Khalil.

Khalil berkata, perkara yang paling malang apabila semua tiga yang digugurkan adalah dari UMNO dan tidak diganti dengan pemimpin UMNO. Najib ternyata mengadai prinsipnya demi untuk mengambil hati bangsa lain tetapi bagi saya tindakannya sudah terlambat dan sudah di penghujung senja.

"Oleh itu saya mengesyorkan kepada semua Ahli parlimen Umno dan pemimpin Umno disemua peringkat dengan berani membuat bantahan di atas tindakan Najib yang menafikan hak rakyat khususnya dikalangan penyokong Umno yang telah memilih wakil rakyat untuk mewakili partinya namun tidak dipilih menjadi anggota kabinet.

"Begitu juga dengan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat mestilah membuat bantahan kerana tindakan menafikan hak rakyat tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi yang sedia ada," kata Khalil lagi.